KEPERIBADIAN beliau yang rendah hati dan disenangi ramai terus menjadi sanjungan mereka yang menziarahi Pusara Abadi semalam di mana jenazah Allahyarham Mohamad Noh Hussain selamat dikebumikan.
Keluarga serta rakan-rakan legenda bola sepak negara yang mesra dengan panggilan 'Mat Noh' hadir di tanah perkuburan selepas solat asar.





