DARIPADA tokoh politik dan para pemain pasukan Singa dulu dan sekarang, hinggalah kepada wartawan sukan dan peminat bola sepak negara, penghormatan yang dikalungkan buat Allahyarham Mohamad Noh Hussain tidak putus-putus sejak berita pemergiannya semalam dilaporkan.
Bekas pemain sayap Singapura itu telah meninggal dunia pagi semalam, sehari selepas mengalami serangan jantung pagi kelmarin dan dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) di...





