SEMPENA hari jadinya ke-31 pada September dua tahun lalu, Encik Mohd Nurhazwan Mohd Tahir tergerak untuk mengagihkan makanan percuma kepada jemaah masjid selepas solat Jumaat selama sebulan.
Beliau dan beberapa temannya yang lain telah mengumpulkan dana untuk membelikan makanan termasuk 'ice lolly' dan kek serta kuih-muih yang dibeli dari pemilik perniagaan di rumah (HBB) untuk diagihkan kepada beberapa masjid berdekatan...





