PERENANG nasional Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen akan menjalankan Perkhidmatan Negara (NS) mereka memandangkan penangguhan jangka panjang mereka tidak dilanjutkan, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan semalam.
Proses kemasukan NS bagi Schooling, 26 tahun dan Quah, 24 tahun, telah dijalankan semula sejak 31 Ogos apabila status penangguhan mereka telah tamat.





