PARTI Kemajuan Singapura (PSP) menyarankan beberapa langkah seperti meningkatkan gaji kelayakan pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S dan memperkenalkan had berdasarkan kerakyatan berhubung dasar bakat asing di sini.
Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dari PSP, Encik Leong Mun Wai, dalam usul mengenai dasar bakat asing yang dibentangkan di Parlimen semalam berkata partinya meminta bagi "langkah-langkah segera dan konkrit...





