MENTERI Pembangunan Negara Desmond Lee berkata sebanyak 24 kawasan kejiranan, dengan 6,000 unit kediaman setiap satu secara purata terjejas oleh had Dasar Integrasi Etnik (EIP) hingga akhir tahun lalu.
Ini berbanding 33 estet yang terjejas pada Disember 1990, katanya dalam respons bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja, Encik Pritam Singh.





