SELAIN berusaha menangani isu kesihatan mental yang lebih menonjol akibat pandemik Covid-19, pemerintah juga akan mengambil langkah untuk mempertingkat kesihatan mental secara keseluruhan dalam masyarakat.
Berucap di Simposium Samaritan Singapura (SOS) semalam, Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata ia akan dilakukan menerusi pendekatan berbilang serampang, dengan daya usaha dalam pelbagai keadaan.





