DALAM usaha membantu meringankan beban penjaja di sini yang terjejas oleh pandemik Covid-19, penyedia gas berpaip negara City Gas akan mengagihkan gas bernilai lebih $1 juta dalam bentuk rebat kepada lebih 2,600 penjaja serata Singapura.
Sebanyak 2,602 penjaja daripada 59 pusat penjaja di seluruh pulau akan meraih manfaat daripada pengagihan itu, kata City Gas dalam kenyataannya semalam.





