JAKARTA: Satu kebakaran di blok penjara yang sesak di wilayah Banten, Indonesia, awal pagi semalam telah membunuh sekurang-kurangnya 41 orang dan mencederakan puluhan lain, kata jurucakap pemerintah dan laporan media.
Kebakaran itu, yang berlaku sekitar 1 pagi hingga 2 pagi di Blok C Penjara Tangerang, telah dipadamkan dan pihak berkuasa telah mengosongkan kemudahan tersebut, kata jurucakap jabatan penjara Kementerian Hukum...





