HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terkini semalam, dengan lebih banyak tempahan diterima sejak bidaan sebelum ini.
Bagi kenderaan Kategori A atau kereta 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, premiumnya ditutup pada $47,000 berbanding $46,689 tiga minggu lalu.





