LONDON: Manchester United akan melaksanakan pemeriksaan rambang ke atas penyokong yang memasuki Old Trafford bagi memastikan status vaksinasi Covid-19 mereka, bermula dengan perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Newcastle pada hujung minggu ini.
Menunjukkan bukti vaksinasi penuh belum lagi dijadikan mandatori di sana, tetapi kelab itu berkata ia menjangka melaksanakan peraturan tersebut sepenuhnya apabila vaksinasi penuh menjadi mandatori dalam EPL...





