PELUASAN lorong jalan kaki antara 715 dan 745 Havelock Road akan dikekalkan selepas selesainya tempoh percubaan selama enam bulan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.
Percubaan itu, yang mula Mac lalu, menyaksikan 13 ruang tempat letak kenderaan di tepi jalan sepanjang barisan rumah kedai ditukar menjadi lorong jalan kaki yang diperluas menggunakan hadangan mengandungi air.





