POLIS sedang menyiasat 219 individu antara usia 16 hingga 69 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pemiutang wang haram atau tanpa lesen.
Dalam operasi menjejak kegiatan pemiutang wang haram selama dua minggu antara 23 Ogos dengan 3 September, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen polis darat telah menjalankan serbuan serentak serata pulau.






