PEMANDU bas dan kakitangan yang mengendalikan kaunter perkhidmatan di pusat tukaran bas akan diperlukan menjalani ujian rutin sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu mulai sekarang, sebagai antara langkah diperketat mengurangkan jangkitan Covid-19.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (2 September) mengumumkan undang-undang lebih tegas bagi ruang perkongsian di pusat tukaran bas juga, di mana seorang kakitangan sahaja dibenarkan duduk di setiap meja...





