PENGUNJUNG serta kakitangan beberapa kedai dan tempat makan kembali ke Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi semalam setelah lebih tiga bulan dua terminal itu ditutup.
Kededua terminal itu agak sunyi semalam setelah dibuka semula kepada orang awam, namun pekerja meluahkan harapan agar lebih ramai pelanggan akan berkunjung pada hujung minggu ini kerana ia permulaan cuti sekolah September.





