SEHINGGA Selasa (31 Ogos), kelompok Covid-19 di lapan pusat tukaran bas kini mempunyai 276 kes, dengan 26 kes baru dilaporkan.
Kelompok Bugis Junction pula mempunyai 11 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok ini mencecah 222 kes, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa malam (31 Ogos).





