MAHKAMAH Tinggi telah memutuskan ganti rugi sebanyak $210,000 kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong di atas dua tuntutan saman fitnah yang beliau ajukan mengenai rencana yang disiarkan di laman The Online Citizen (TOC).
Secara berasingan, Encik Lee telah menyaman ketua editor TOC, Encik Terry Xu dan penulis Malaysia yang menghasilkan rencana pada 15 Ogos 2019 itu, Cik Rubaashini Shunmuganathan.





