SYARIKAT pengimport buah-buahan dan sayur-sayuran, produk makanan diproses dan peralatan makanan, Reliable Transport & Logistic Services, dikenakan denda $20,000 oleh mahkamah pada Rabu (27 Oktober) kerana mengimport aneka produk makanan secara haram dari Indonesia.
Pengarah syarikat itu, Hardinizam Khairuddin Muhammad, turut dikenakan denda $15,000 kerana gagal melaksanakan penilaian wajar untuk mengelakkan kesalahan daripada berlaku, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dan...





