PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menerajui delegasi Singapura dalam Sidang Puncak Asean ke-38 dan ke-39 serta persidangan berkaitan pada 26 hingga 28 Oktober, yang diadakan secara persidangan video.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), para pemimpin Asean akan membincangkan tentang bagaimana Asean bersama rakan kerjasama luar dan masyarakat antarabangsa dapat meneruskan usaha bina sistem kesihatan awam dan rantai...





