PASUKAN Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) yang mengadakan lawatan ke tanah suci ingin mengenal pasti fungsi visa umrah dan visa ziarah yang ditawarkan untuk menunaikan ibadah umrah.
Ini memandangkan setiap jenis visa mempunyai aturan yang berbeza bagi menempah umrah di Makkah dan ziarah ke tempat-tempat tertentu, seperti Makam Rasulullah dan Raudah di Masjid Nabawi serta protokol pengurusan selamat Covid-19...





