WASHINGTON: Seorang pemimpin kanan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Syria, kata Pentagon kelmarin.
Serangan itu berlaku dua hari selepas sebuah markas di selatan Syria yang digunakan tentera pakatan pimpinan AS bagi memerangi kumpulan Daesh diserang.





