PENGHORMATAN datang mencurah daripada masyarakat Islam setempat bagi memperingati jasa bakti Ustaz Md Salleh Abdul Hamid, yang meninggal dunia pada 19 Oktober lalu, yang juga jatuh pada tarikh Maulidur Rasul tahun ini.
Dikenali sebagai murid ulama Allahyarham Sheikh Omar Alkhatib, Allahyarham Ustaz Salleh telah banyak menyumbang kepada masyarakat di sini, khususnya dalam menterjemahkan buku-buku Sheikh Omar ke bahasa Melayu.





