Topic followed successfully
Go to BHkuTuan rumah guna pinggan pakai buang dilabel ‘pemalas’: Netizen bertikam lidah
Tuan rumah guna pinggan pakai buang dilabel ‘pemalas’: Netizen bertikam lidah
Tuan rumah guna pinggan pakai buang dilabel ‘pemalas’: Netizen bertikam lidah
Wajarkah guna pinggan dan cawan pakai buang untuk tetamu Raya ini?
Hal tersebut mencetuskan perdebatan hangat di Threads pada 23 Mac apabila pengguna ‘fourtique4’ menyifatkan tuan rumah sebagai “pemalas” kerana menggunakan pinggan pakai buang.
Dalam hantarannya, beliau berkata:
“Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang. Aku kalau pergi beraya dpt (dapat) mcm (macam) ni mmg (memang) aku tak makan.
“Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca”.
Setakat ini, hantaran itu telah meraih hampir lapan ribu tanda suka dan mengundang hampir 9,000 komen.
Rata-rata netizen mengkritik kenyataan pengguna tersebut di ruang komen.
Pengguna ‘azfarheri’, seorang pempengaruh Malaysia berkata:
“Kau tak nak makan itu masalah kau, lagi senang untuk tuan rumah. Saya sarankan awak boleh makan atas daun pisang berkonsepkan banana leaf gitu ataupun makan dalam kasut kelopak jantung.
“Banyak sangat bunyi, kau makan je lah.”
Komennya itu mendapat 44,000 tanda suka dengan rata-rata komen menyokong Azfar.
Pelakon Malaysia, Nad Zainal turut meninggalkan komen:
“Eeee mohon jauhkan tetamu macam ini...”.
Seorang lagi pengguna Threads ‘lezzamir’ terperanjat dengan sambutan tanda suka yang diraih hantaran itu lalu berkata:
“Wah sangat cerewet. Ramai pula suka komen itu. Biar betul orang kita tak boleh terima makan pakai pinggan plastik?”
Hantaran itu turut mendapat respons daripada penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya yang tampil memberikan teguran terhadap individu berkenaan:
“Datang sebagai tetamu, buatlah cara tetamu.
“Jangan diturut api emosi. Bawalah mahabbah (kasih sayang) bukan musibah.
“Diundang itu tanda ingatan, jangan dibawa biasan syaitan.
“Ziarah tercipta sekali-sekala. Jangan yang tinggal serpihan bala”.

