SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Wong imbau zaman 90-an, gaya rambut ‘mullet’

PM Wong imbau zaman 90-an, gaya rambut ‘mullet’

Mar 24, 2026 | 6:17 PM

PM Wong imbau zaman 90-an, gaya rambut ‘mullet’

PM Wong berkongsi di Instagram gambar-gambar lama beliau di era 90-an, sejajar dengan trend “What were you like in the 90s? (Bagaimana diri anda pada tahun 90-an)”.
PM Wong berkongsi di Instagram gambar-gambar lama beliau di era 90-an, sejajar dengan trend “What were you like in the 90s? (Bagaimana diri anda pada tahun 90-an)”. - GAMBAR TANGKAP LAYAR INSTAGRAM/@LAWRENCEWONGST

Sandal Teva, cermin mata ‘aviator’, gaya rambut ‘mullet’ dan gitar Yamaha C40 – memang ‘vibe’ 90-an betul.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 24 Mac menyertai trend tular “What were you like in the 90s? (Bagaimana diri anda pada tahun 90-an)” di Instagram dan TikTok, berkongsi kenangan zaman mudanya dengan gaya rambut yang agak berbeza.

Beliau menulis: “Imbas kembali ke tahun 90-an – zaman universiti, muzik, NS (perkhidmatan negara), kerja pertama. Entah macam mana semuanya berlalu begitu cepat!”

Video sepanjang 20 saat itu menggunakan lagu hit tahun 1998, Iris oleh Goo Goo Dolls.

Trend ini merupakan sebahagian daripada fenomena lebih luas di TikTok dan Instagram Reels, di mana pengguna memaparkan teks “Mum or Dad, what were you like in the 90s? (Mak atau Ayah, macam mana hidup anda pada tahun 90-an?)” sebelum menunjukkan koleksi gambar lama mereka.

Dalam video tersebut, PM Wong yang ketika itu mungkin berusia sekitar 20-an tahun, kelihatan dengan rambut ‘mullet’ dan cermin mata aviator sambil bermain gitar Yamaha C40, lapor The Straits Times.

Beliau juga dilihat bergambar ceria dengan sebuah motosikal, serta bergaya dengan jaket denim, seluar pendek gelap dan sandal Teva di sebuah taman.

PM Wong turut berkongsi beberapa gambar peribadi termasuk gambar ketika beliau tamat pengajiannya.
PM Wong turut berkongsi beberapa gambar peribadi termasuk gambar ketika beliau tamat pengajiannya. - GAMBAR TANGKAP LAYAR INSTAGRAM/@LAWRENCEWONGST

Antara komen pengguna di Instagram termasuk daripada ‘gabrieldrinkscoffee’ : “PM, bawa balik gaya mullet itu!”

Manakala ‘0.11w’ pula berkata :“Dilahirkan untuk jadi ‘rockstar’, tapi memilih jadi PM.”

“Boleh tak naik motosikal masa masuk Perbarisan Hari Kebangsaan?” kata ‘floral_doodle’ pula.

Video itu turut memaparkan detik peribadi seperti gambar graduasi dan bersama ibu bapanya.

Kini berusia 53 tahun, PM Wong menghabiskan tahun 90-an di Madison, Wisconsin ketika menuntut di University of Wisconsin-Madison dan tamat pengajian pada 1994.

Beliau kemudian menyambung pengajian sarjana di University of Michigan pada 1995.

Kerjaya beliau bermula sebagai ahli ekonomi di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 1997.

Namun, PM Wong bukan satu-satunya yang menyertai trend ini.

Selebriti lain seperti Halle Berry, Usher dan Spice Girls turut berkongsi kenangan fesyen 90-an mereka.

Bintang sukan seperti Serena Williams, Shaquille O’Neal dan Alex Rodriguez juga tidak ketinggalan, memuat naik gambar lama zaman muda mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg