SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Operasi cari mangsa kapal tembung diteruskan, masjid panjatkan doa

Operasi cari mangsa kapal tembung diteruskan, masjid panjatkan doa

Mar 30, 2026 | 6:02 PM

Operasi cari mangsa kapal tembung diteruskan, masjid panjatkan doa

Operasi cari mangsa kapal tembung, masjid panjatkan doa, lelaki hilang
Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas pertembungan antara bot persiaran dengan sebuah kapal bekalan di perairan Kepulauan Selatan pada 27 Mac. - Foto ST

Usaha mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas pertembungan antara bot persiaran dengan sebuah kapal bekalan di perairan Kepulauan Selatan (Southern Islands) pada 27 Mac lalu, diteruskan untuk hari keempat.

Menurut satu hantaran Instagram pada pagi 30 Mac, seorang pengguna akaun (yang meminta agar tidak didedahkan), dipercayai anggota keluarga mangsa, berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dijalankan sepanjang malam namun mangsa masih belum ditemui.

Dalam pada itu, tiada juga laporan penemuan daripada Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) Indonesia.

Kapal-kapal di pelabuhan dan di dalam Laluan Pemisah Trafik (TSS) juga diminta untuk terus mengekalkan pemerhatian rapi dan melaporkan sebarang penemuan kepada POCC (Pusat Komand Operasi Polis), tambah beliau.

“Pada 8 pagi, kami mengimbas tapak tersebut dan mengesahkan bahawa bot yang karam itu masih berada di lokasi tersebut.

“Kapal penyelamat dan kapal selam berada di posisi untuk operasi menarik keluar (bot yang karam).

“Ya Allah, permudahkanlah usaha pencarian dan bimbinglah para penyelamat. Mohon juga titipkan doa buat keluarga kami, agar Allah mengurniakan kami kesabaran, kekuatan dan ketenangan yang amat besar.

“Ujian ini berat di hati kami, tetapi kami terus berpaut pada harapan dan tawakal dalam perancangan Allah,” katanya.

Sedang pihak berkuasa meneruskan operasi di laut, Berita Harian (BH) difahamkan juga bahawa Masjid Al-Khair telah mendoakan agar urusan pencarian dipermudahkan dan mangsa dapat ditemui dengan selamat.

Menurut laporan The Straits Times (ST), mangsa yang hilang merupakan salah seorang daripada tiga orang yang berada di atas bot persiaran tersebut, yang bertembung dengan sebuah kapal bekalan pada sekitar 4.15 pagi 27 Mac lalu, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) dalam satu kenyataan.

Mereka juga menyatakan bahawa dua daripada mereka telah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat.

Dalam gambar operasi mencari dan menyelamat yang diambil pada 30 Mac, sebuah kren kuning dilihat di atas sebuah platform terapung.

Sebuah bot lebih kecil, dipercayai daripada MPA, dapat dilihat di sebelah platform terapung tersebut.

Pulau Bukom – kemudahan minyak dan petrokimia utama – dapat dilihat di latar belakang gambar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg