SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki hilang sabar tendang pagar, maki kerana tak tahan anak jiran bising

Lelaki hilang sabar tendang pagar, maki kerana tak tahan anak jiran bising

Apr 7, 2026 | 7:13 PM

Lelaki hilang sabar tendang pagar, maki kerana tak tahan anak jiran bising

Tular di media sosial dua jiran bergaduh setelah bersemuka kerana bunyi bising daripada anak salah seorang jiran.
Tular di media sosial dua jiran bergaduh setelah bersemuka kerana bunyi bising daripada anak salah seorang jiran. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO THE SG DAILY

Pertikaian tegang dua jiran berpunca daripada bunyi bising yang disebabkan anak salah seorang daripada mereka, tular di media sosial, sekali gus menimbulkan perbincangan tentang toleransi dalam kehidupan berjiran.

Apa yang bermula sebagai aduan daripada seorang jiran mengenai gangguan bunyi bertukar menjadi konfrontasi, dengan ibu bapa kanak-kanak itu menjelaskan bahawa mereka telah berulang kali menegur anak mereka namun tidak diendahkan.

“Kawal anak anda boleh tak? Kita semua perlu tidur... kalau anak tidak mahu dengar kata, anda harus cari jalan untuk dia dengar kata,” kata jiran tersebut yang mengenakan pakaian kemeja-T dengan tulisan ‘Air Force’.

Si bapa yang tidak berbaju, membalas:

“Tapi anak saya memang nakal.

“Awak kenal saya? Saya bekas pegawai persekitaran dan boleh saman orang.”

Keadaan menjadi semakin tegang apabila si bapa menyatakan hasrat untuk menghubungi pihak polis, namun jirannya membalas bahawa tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Pada ketika itu, suara isteri lelaki tersebut turut kedengaran dalam video dengan beliau menuduh isteri jirannya juga bising.

“Isteri awak pun bising. Menjerit setiap hari. Anak saya macam ini tak boleh ke?” katanya.

Jiran tersebut, yang kelihatan semakin hilang sabar, berkata beliau telah menahan gangguan itu selama tujuh tahun, manakala wanita itu pula mendakwa beliau juga terpaksa berdepan gangguan dari rumah sebelah.

Pertengkaran itu terus memuncak dengan kededua pihak saling melemparkan kata-kata kesat, sebelum jiran tersebut menendang pagar sambil mencabar lelaki itu untuk keluar dan berdepan dengannya.

Ruangan komen video yang dimuat naik The SG Daily itu pula dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsi pandangan masing-masing.

Antaranya, seorang pengguna bernama ‘Ivan Leow’ berpendapat bahawa alasan anak tidak mendengar kata tidak seharusnya dijadikan alasan.

Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak supaya lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.

Beliau juga menambah bahawa ada ibu bapa yang masih percaya dengan pendekatan disiplin yang lebih tegas agar anak-anak belajar menghormati peraturan.

Seorang lagi pengguna, ‘Allen Walker’ berkata:

“Jiran saya sering berpindah masuk dan keluar, dan setiap kali ada jiran baru, mereka datang dengan bayi yang kemudiannya membesar.

“Anak-anak jiran di kiri dan kanan juga sentiasa bising, tetapi saya sudah terbiasa dengannya.”

Beliau turut berpendapat bahawa individu yang tidak selesa dengan situasi sedemikian mungkin perlu mempertimbangkan berpindah ke kawasan yang lebih tenang di luar bandar.

Video tersebut telah meraih 345,000 tontonan di Facebook.

Berita Harian (BH) telah menghubungi polis untuk maklumat lanjut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg