SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kecoh sekeluarga terperangkap dalam lif ketika jalan Raya

Kecoh sekeluarga terperangkap dalam lif ketika jalan Raya

Detik cemas menjadi pengalaman lucu untuk dikenang
Mar 31, 2026 | 5:40 PM

Kecoh sekeluarga terperangkap dalam lif ketika jalan Raya

lif, keluarga terperangkap, jalan raya
Cik Nurliyana Samad bersama sembilan lagi ahli keluarga terperangkap di dalam lif di Jurong ketika sedang berjalan Raya pada 28 Mac lalu. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK KETABRAQAN

Guru prasekolah, Cik Nurliyana Samad, bersama keluarganya, telah mengalami pengalaman yang tidak dijangka, penuh dengan kekecohan dan gelak tawa, apabila mereka terperangkap dalam lif di Jurong.

Kejadian itu berlaku sekitar 8.40 malam pada 28 Mac, ketika mereka dalam perjalanan ke rumah seterusnya untuk beraya.

Keluarga tersebut terperangkap dalam lif hampir setengah jam sebelum bantuan tiba.

Menurut perkongsian Cik Nurliyana di TikTok, detik cemas berlaku apabila lif tersebut tiba-tiba jatuh sedikit dengan mendadak, sebelum sampai ke tingkat satu, kemudian berhenti berfungsi tanpa sebarang amaran.

Beliau berkongsi bahawa keadaan tersebut telah membuat anak saudara suaminya yang berusia 9 tahun panik, menangis dan berdoa kerana takut.

Walaupun ia menambah ketegangan dalam lif, Cik Nurliyana tidak menafikan bahawa ia turut menimbulkan sedikit kelucuan.

Dihubungi Berita Minggu (BM), beliau berkata:

“Dia tak berhenti berdoa dan menangis kerana ketakutan. Katanya dia tidak mahu mati. Kami cuba untuk menenangkannya.

“Sementara itu, kami yang dewasa cuba menenangkan diri dengan bergurau dan membuat panggilan video dengan ahli keluarga lain untuk mengurangkan ketegangan.”

Kumpulan 10 orang itu terdiri daripada lapan dewasa dan dua kanak-kanak.

Kebanyakan yang dewasa kekal tenang, namun bagi Cik Nurliyana, beliau kurang selesa akibat klaustrofobia.

Bagaimanapun, beliau cuba menenangkan diri dengan bergurau dan membantu menenangkan kanak-kanak.

“Pihak penyelenggaraan hanya tiba sekitar 20 minit, jadi kami cuba mengisi masa dengan membuat panggilan video dengan ahli keluarga di luar.

“Ada juga yang menggunakan kipas tangan untuk kekal sejuk serta berbual antara satu sama lain demi menenangkan keadaan.

“Ia menakutkan, tetapi pengalaman yang lucu juga kerana keadaan terlalu kecoh,” ceritanya yang berusia 37 tahun.

Cik Nurliyana tidak menolak kemungkinan lif tersebut mengalami masalah akibat muatan berat, meskipun bilangan mereka tidak melebihi had yang ditetapkan.

Selepas berjaya keluar dari lif, suasana bertukar menjadi penuh emosi, apabila ahli keluarga yang menanti di luar segera memeluk anak saudaranya yang ketakutan itu.

Walaupun insiden tersebut mencemaskan, Cik Nurliyana berkata pengalaman itu akhirnya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan – dengan gabungan rasa takut, cemas dan gelak tawa dalam satu detik yang sama.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg