Topik diikuti
Pergi ke BHkuSuspek pukul isteri hingga keguguran, ditahan reman 7 hari
Suspek pukul isteri hingga keguguran, ditahan reman 7 hari
Suspek pukul isteri hingga keguguran, ditahan reman 7 hari
SUNGAI PETANI (Kedah): Suspek kes pukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Height pada 23 April ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan.
Permohonan reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohammad Azlan Basri, di sini pada 29 April.
Media sebelum ini melaporkan, wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran.
Wanita berusia 39 tahun yang juga penjawat awam itu keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Mangsa dipercayai dipukul dengan teruk menggunakan penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir serta batang penyapu hingga patah dan mengalami kecederaan pada tangan dan jari kirinya patah, lebam di muka selain tulang rusuknya berkemungkinan patah termasuk ditumbuk di perut.
Suspek ditahan polis semalam di sekitar Alor Setar selepas melarikan diri selepas kejadian itu.
Selain itu, polis turut mengesahkan suspek adalah individu sama yang terbabit dalam kejadian mencederakan wanita di Johor Bharu Selatan pada 2021.
Dalam kenyataan media pada 18 Mei 2021 itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru ketika itu sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Butiran saksi terbabit pada masa itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga dengan alamat terakhir di Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar.
