Topik diikuti
Pergi ke BHkuJais larang Hari Guru disambut, elak beban ibu bapa
Jais larang Hari Guru disambut, elak beban ibu bapa
Larangan hanya untuk institusi di bawah jabatan agama itu, akan pertimbangkan jika keadaan ekon pulih
Jais larang Hari Guru disambut, elak beban ibu bapa
SELANGOR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan larangan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah daerah.
Larangan ini hanya untuk institusi di bawah Jais bagi mengelakkan ibu bapa dari terbeban dengan kos penyediaan hadiah untuk guru.
Menurut Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira kesan kewangan terhadap ibu bapa atau penjaga, berikutan tradisi menyediakan hadiah kepada guru atas permintaan anak-anak.
Menurut Jais, perkara ini memberi kesan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga terutama dalam keadaan ekonomi semasa ini.
“Jais akan mempertimbangkan untuk Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali seperti sedia kala.
“Beberapa perkara berkaitan pelaksanaan sambutan itu juga akan dinilai semula termasuk tempoh masa sambutan, agar tidak mengganggu proses pembelajaran serta tentatif yang lebih ringkas dan selaras untuk semua sekolah di bawah seliaan Jais,” katanya.
Pada 7 Mei lalu, Jais telah menetapkan semua sekolah di bawah pentadbiran jabatan itu untuk tidak mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah atau daerah.
Mengulas lanjut, Jais, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Kerajaan Negeri Selangor tetap menghargai jasa guru serta pengorbanan guru dalam mendidik pelajar.
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor tetap akan diadakan pada 12 Mei ini dengan pengiktirafan tokong guru serta sekolah cemerlang.
“Majlis itu melibatkan peruntukan melebihi RM200,000 ($64,670) daripada Mais dan kerajaan negeri dalam bentuk wang tunai serta geran kepada penerima yang dipilih,” jelas beliau.
Walau bagaimanapun, netizen mempunyai pendapat berbeza dengan kenyataan dibuat
Beberapa orang tampil tidak bersetuju dengan majlis yang bakal dianjurkan kerana telah memakan kos RM200,000.
Ada beberapa netizen yang mengatakan ibu bapa sebenarnya tidak terlalu terkesan kerana tidak diwajibkan untuk membeli hadiah buat guru-guru.
Sebahagian yang berpendapat majoritinya hanya membeli barangan murah terutamanya dari Eco Shop, DIY, membuat hadiah kraf sendiri dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga pelajar yang membuat persembahan sebagai tanda penghargaan kepada guru, menyertai aktiviti sukantara menggunakan kelengkapan sukan sedia ada di sekolah, serta mengambil bahagian dalam pelbagai acara lain.
Jais mengatakan mereka akan mempertimbangkan Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah setelah keadaan ekonomi kembali seperti sedia kala. – Agensi berita.
