DIBUAT SENDIRI: Epok-epok Sardin dari gerai Epok Epok Story
DIBUAT SENDIRI: Epok-epok Sardin dari gerai Epok Epok Story - Foto HAMIDAH SARMADI

Kedai Epok Epok Story yang terletak di Pusat Makanan Berseh dengan harga 80 sen, menawarkan pelbagai pilihan epok-epok untuk pelanggan seperti epok-epok sardin pedas, epok-epok sardin biasa serta epok-epok kentang. Turut dijual dengan harga $1 adalah epok-epok telur ayam kentang kari.

Sebagai bonus, epok-epok Boyan yang sukar didapati di kedai lain turut dijual di Epok Epok Story.

Ramai pelanggan akan memuji pemilik kedai, Cik Hamidah Sarmadi, kerana kulit epok-epok rangup.

Alamat: 166 Jalan Besar, 01-11 Berseh Food Centre, Singapura 208877

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 3 petang, setiap Isnin hingga Sabtu