SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Teroka lautan dalam di pameran Muzium ArtScience

Teroka lautan dalam di pameran Muzium ArtScience

Apr 16, 2026 | 5:30 AM

Teroka lautan dalam di pameran Muzium ArtScience

Sebahagian besar lautan dunia kekal gelap dan belum diterokai, namun, rakaman dari kedalaman itu kini dibawakan kepada orang ramai buat kali pertama.

Rakaman itu boleh disaksikan di pameran baru, ‘Into the Ocean: Journey Beneath’, yang akan berlangsung dari 6 Jun hingga 1 November di Muzium ArtScience.

Dianjurkan bersama OceanX, badan antarabangsa bukan meraih untung, yang mengendalikan
ekspedisi lautan, pameran itu membawa pengunjung melalui lima zon – daripada permukaan laut hingga ke kawasan paling dalam.

Antara tarikan utama ialah rakaman yang diambil menggunakan kapal penyelidikan canggih, ‘OceanXplorer’, termasuk visual yang belum pernah ditunjukkan kepada umum.

Pengunjung ke pameran itu juga berpeluang melihat spesies laut dalam yang jarang dilihat termasuk spesimen yang dipinjam dari Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian.

Di pameran itu, pengunjung akan dibawa meneroka dunia terumbu karang, plankton dan mikroorganisma melalui paparan visual interaktif serta ciri deria.

Semakin dalam ‘menyelam’, pengunjung akan diperkenalkan kepada makhluk laut dalam yang luar biasa yang telah menyesuaikan diri kepada tekanan hebat dan kegelapan yang berterusan.

Di bahagian akhir, pameran itu turut memberi tumpuan kepada pemuliharaan laut.

Pengunjung boleh menyertai pengalaman interaktif yang menyumbang kepada usaha pemulihan rumput laut di Singapura.

Lungsuri pautan, www.marinabaysands.com/museum/exhibitions/into-the-ocean.html untuk maklumat lanjut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg