Topic followed successfully
Go to BHku4 buku kanak-kanak baru diterjemah daripada bahasa Indonesia
4 buku kanak-kanak baru diterjemah daripada bahasa Indonesia
4 buku kanak-kanak baru diterjemah daripada bahasa Indonesia
Mencari Air
Dalam keadaan kemarau panjang, dua kanak-kanak berusaha keras mencari air untuk pohon limau mereka yang masih tidak berbuah. Mereka pergi ke beberapa sumber air tetapi bekalan tidak mencukupi. Pada saat mereka berdepan dengan kehampaan, bantuan datang tepat pada waktunya.
Legenda Oyo dan Susua
Oyo dan Susua sepasang belut kembar. Setiap hari, mereka makan apa yang ada hingga mereka terlalu besar untuk tinggal di sungai mereka. Oyo dan Susua harus berpindah tetapi ke mana?
Ketika Lampu Padam
Angin dan sinar matahari menjadi sumber tenaga elektrik di kawasan Pandansimo, termasuk rumah Seruni. Hari ini, hujan turun sangat lebat. Tiba-tiba, tenaga elektrik putus! Lampu di rumah padam. Semua menjadi gelap. Seruni mahu mengambil lilin dari bilik belakang, tetapi dia takut! Dia terlihat benda aneh di tingkap.
Tempe Istimewa Taufik
Apabila rakan-rakan Taufik tidak percaya sebarang masakan berunsur tempe sedap, dia berusaha meyakinkan mereka melalui ilmu dan kreativitinya.
Daripada kudapan tradisional ke olahan moden yang dimasak sendiri, dan berbekalkan pengetahuan tentang khasiat tempe, akhirnya Taufik berjaya mengajak kawan-kawannya menikmati masakan tempenya.

