SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pawagam mesra keluarga di Shaw Lido, tiket daripada $11

Pawagam mesra keluarga di Shaw Lido, tiket daripada $11

Apr 16, 2026 | 5:30 AM

Pawagam mesra keluarga di Shaw Lido, tiket daripada $11

pawagam mesra keluarga, Shaw Theatres, Dreamers Lido
Keluarga boleh memilih duduk di ruang utama yang lebih dekat dengan skrin, atau di ruang atas untuk pemandangan lebih menyeluruh. Tempat duduk tidak ditetapkan, jadi keluarga boleh memilih ruang yang sesuai untuk mereka. - Foto INSTAGRAM SHAW THEATRES

Membawa anak kecil ke pawagam kadangkala boleh menjadi pengalaman yang tidak menentu dan sukar diramal.

Jika bernasib baik, mata si kecil terpaku pada filem di skrin dengan jagung bertih (popcorn) dalam genggaman.

Jika tidak, nasiblah. Si kecil mungkin berasa rimas di tempat duduk yang sempit dan tegak, tertumpahkan jagung bertih, mahu berjalan-jalan, berasa takut dalam pawagam yang gelap atau menangis kerana terperanjat dengan kesan bunyi kuat.

Kini, dengan adanya dewan mesra keluarga Dreamers Lido yang ditawarkan Shaw Theatres, ibu bapa dengan anak-anak kecil mempunyai lebih peluang menonton filem di pawagam dalam sekitaran lebih selesa dan santai.

Dewan itu menawarkan tempat duduk selesa menggunakan ‘beanbag’, paras bunyi yang kurang kuat dan pencahayaan lebih tenang.

Keluarga boleh memilih duduk di ruang utama yang lebih dekat dengan skrin, atau di ruang atas untuk pemandangan yang lebih menyeluruh.

Tempat duduk tidak ditetapkan jadi keluarga boleh memilih ruang yang sesuai untuk mereka.

Bilangan tempat duduk yang disediakan juga terhad bagi setiap sesi agar tidak melindungi pandangan penonton.

Dengan warna terang, pencahayaan lembut dan paras bunyi lebih rendah, Dreamers menyediakan sekitaran yang selesa untuk mata dan telinga kanak-kanak.

Bagi meraikan pembukaannya, keluarga boleh menonton filem, The Magic Faraway Tree, di situ.

Filem itu berdasarkan buku Enid Blyton yang mengisahkan pengembaraan Silky, Moonface dan Saucepan Man.

Tiket berharga $11 semasa waktu tidak sibuk, untuk kanak-kanak berumur bawah 13 tahun dengan berketinggian lebih 90 sentimeter. Harga bagi waktu sibuk pula ialah $14.

Kanak-kanak bawah ketinggian 90 sentimeter masuk percuma.

Tiket untuk orang dewasa pula berharga $18 semasa waktu tidak sibuk dan $22 semasa waktu sibuk.

Selain di Lido, keluarga juga boleh menikmati dewan Dreamers di Shaw Theatres di Jewel dan Balestier.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg