Rasa salai dalam nasi goreng ‘wok hei’ kekal meski masak guna mesin
Pengguna Berdaftar
Rasa salai dalam nasi goreng ‘wok hei’ kekal meski masak guna mesin
Mesin dari Hong Kong bantu pergerai di M+ Fried Rice Paradise di Pusat Penjaja Woodleigh Village siapkan beberapa pinggan nasi serentak
Sep 21, 2024 | 5:30 AM
Terletak di pusat penjaja kecil Woodleigh Village Park, gerai M+ Fried Rice Paradise mempunyai mesin membuat nasi goreng yang menggabungkan kecekapan dan tradisi, sekali gus mengubah seni masakan makanan popular itu.
Direka oleh tukang masak zi char (lauk-pauk Cina) dari Hong Kong, mesin itu membolehkan pemilik gerai itu, Cik Siti Nurnameera Abdul Samad, memasak beberapa pinggan nasi goreng secara serentak, tanpa mengorbankan rasa ‘wok hei’ yang memberikan nasi goreng aroma salai khusus.
Laporan berkaitan
Acara
Minggu Makanan HalalSep 6, 2024 | 2:02 PM
Semangat niaga keluarga ‘resipi’ sebenar di sebalik Ono RamenSep 6, 2024 | 10:53 AM

