Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muzik rok tempatan tetap bergema, gegar pentas masyarakat

Enam kumpulan rok bakal jayakan ‘Rock Untuk Masyarakat - 2’, di Kelab Masyarakat Radin Mas pada 27 Dis
Dec 26, 2025 | 7:53 PM
D’OtaiBoyz, Rock untuk masyarakat, radin mas cc, luqman hakim
Kumpulan muzik tempatan, D’OtaiBoyz, yang terdiri daripada (dari kiri) Nazry, Dzoul, Isham (Boy Botak), Khairani, dan Luqman Hakim, adalah antara kumpulan yang akan memeriahkan acara ‘Rock Untuk Masyarakat - 2’, yang bakal diadakan di Kelab Masyarakat Radin Mas pada 27 Disember ini. - Foto ihsan LUQMAN HAKIM

Menjelang tirai akhir 2025, pentas muzik Singapura tidak pernah benar-benar sunyi. 

Walaupun tanpa gegak gempita konsert mega, kumpulan tempatan terus bergerak, memilih ruang yang lebih intim namun sarat dengan makna.

Satu persembahan rok berjudul, Rock Untuk Masyarakat - 2, bakal berlangsung di Kelab Masyarakat Radin Mas pada 27 Disember, menampilkan barisan kumpulan tempatan seperti Episodic, Elemental & Frendz, D’OtaiBoyz, Diorama, Korokodel, dan The Flow, yang sedia memukau penonton dengan kemahiran muzik mereka.

“Saya telah lama ingin melibatkan diri dalam acara yang mengangkat semula bakat tempatan kerana pada masa kini, kebanyakan acara lebih cenderung menampilkan band dan artis dari luar negara.

“Keadaan ini menyebabkan kehadiran artis tempatan semakin berkurangan, sedangkan ramai antara mereka masih aktif dan memiliki bakat yang besar.

“Justeru, saya ingin masyarakat lebih mengenali kebolehan serta potensi seni yang ada di Singapura, sesuatu yang wajar kita hargai dan banggakan,” kata Luqman, 35 tahun, selaku pemain papan nada kumpulan D’OtaiBoyz ketika dihubungi Berita Harian (BH) pada 26 Disember.

Selain itu, keenam-enam kumpulan tersebut dipilih melalui penilaian yang teliti, khususnya berdasarkan jumlah serta mutu karya yang telah dihasilkan.

Pemilihan band yang terlibat dalam konsert ini berdasarkan mereka yang mempunyai karya dan produk sendiri. 

Luqman pernah menganjurkan acara berskala kecil, seperti pementasan muzik bagi tontonan masyarakat umum.

Sebelum ini, Luqman pernah mengendalikan pesta mini muzik rok, Rock Fest 2024, yang dianjurkan di bawah LP Productions, dan berlangsung di Phil Studio, #03-16, High Street Centre, 1 North Bridge Road, pada 8 Disember 2024.

Percubaan pertama Luqman dalam mengadakan konsert merupakan secara hibrid (persembahan fizikal dan dalam talian) sewaktu musim Covid-19 dalam bentuk acara Hari Raya pada 28 Mei 2022.

Ditanya BH mengenai ciri khas kumpulan tempatan yang membezakan bakat seni dengan bakat di seberang, Luqman berkata:

“Penggiat muzik di Singapura rata-rata mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Namun, di sebalik itu, mereka masih lagi aktif dalam bidang seni.

“Perkara ini menjadi antara perbezaan yang paling ketara jika dibandingkan dengan pemuzik dan penggiat seni di seberang Tambak.

“Walaupun berdepan cabaran sedemikian, bakat tempatan masih mampu menunjukkan semangat yang tinggi dalam berkarya serta terus memperjuangkan seni di Singapura.”

Pembelian tiket berharga $10 bagi konsert Rock Untuk Masyarakat - 2 secara langsung di Kelab Masyarakat Radin Mas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg