Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayda Jebat minta jangan serius dengan isu tajuk lagu ‘Kentoot’

Jan 5, 2026 | 5:39 PM
Ayda Jebat, Kentoot, Kentooot, lagu baru, nama toksik
Penyanyi Malaysia, Ayda Jebat tampil memberi penjelasan susulan tajuk lagu terbarunya, ‘Kentoot’ mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen. - Foto INSTAGRAM AYDA JEBAT

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Ayda Jebat tampil memberi penjelasan susulan tajuk lagu terbarunya, Kentoot mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33 tahun, pemilihan tajuk tersebut dibuat selepas perbincangan bersama pasukan penerbitan yang mahukan sesuatu yang kedengaran unik dan mudah diingati.

“Sebenarnya tajuk lagu itu tajuk lain, tetapi apabila kami kaji semula kami mahukan satu tajuk yang rare (kelainan) dan catchy.

“Kalau nak pilih toksik, selain toksik apa jadi? Saya macam ‘kentut’ lah,” katanya.

Bagaimanapun, Ayda menjelaskan pemahaman terhadap perkataan tersebut berbeza mengikut tempat dan budaya.

Malah, beliau sendiri tidak mengetahui maksud lain yang dikaitkan dengan perkataan itu di sesetengah negeri.

“Maksud di negeri lain itu saya tak pasti. Kalau saya sendiri, saya faham ‘kentooot’ tu apa.

“Bagi saya, jangan ambil perkara ini terlalu serius kerana tajuk lagu ini sebenarnya mengenai hubungan toksik, bukan apa yang berkaitan seperti yang ditulis atau difikirkan orang,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ayda turut memohon maaf sekiranya tajuk lagu berkenaan dianggap kurang sesuai oleh sesetengah pihak, lapor laman Astro Gempak.

“Kalau kurang sesuai, saya minta maaf. Tapi tajuknya memang Kentoot lah,” katanya ringkas.

Sementara itu, pengacara dan suami Ayda, Nabil Mahir tampil mengambil tanggungjawab penuh terhadap pemilihan tajuk lagu tersebut.

“Saya ambil tanggungjawab penuh sebab saya yang memilih nama itu. Tapi ia boleh membawa pelbagai maksud kerana namanya Kentoot, bukan kentut.

“‘Toot’ itu adalah bunyi bleep. Jadi ‘Ken’ itu boleh jadi apa-apa, anda boleh pilih sendiri maksudnya. Sebab itu kami memilih nama tersebut,” katanya.

Sebelum ini, tajuk lagu Kentoot menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada netizen mempertikaikan penggunaannya kerana didakwa membawa maksud berbeza di beberapa daerah di Sabah & Indonesia.

Menurut pencarian di media sosial, perkataan ‘kentooot’ dengan tiga huruf ‘o’ boleh membawa maksud ‘bersetubuh’ dalam slanga dialek Sabah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg