SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Iran buru juruterbang AS hilang selepas 2 pesawat ditembak jatuh

Iran buru juruterbang AS hilang selepas 2 pesawat ditembak jatuh

Insiden dedah risiko Amerika di Iran meski dakwa kuasai ruang udara
Apr 4, 2026 | 6:34 PM

Iran buru juruterbang AS hilang selepas 2 pesawat ditembak jatuh

iran, F-15E, amerika
Media Iran menunjukkan serpihan pesawat Amerika Syarikat yang terhempas, dipercayai jet pejuang F-15E dua tempat duduk yang ditembak jatuh pasukan pertahanan udara Iran. - Foto REUTERS

WASHINGTON/KAHIRAH: Pasukan Iran pada 4 April sedang giat memburu seorang juruterbang Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang daripada salah sebuah dua pesawat perang yang terhempas di Iran dan Teluk.

Dua lagi juruterbang berjaya diselamatkan, kata pegawai daripada kedua-dua pihak.

Insiden tersebut menunjukkan risiko yang dihadapi pesawat Amerika dan Israel di Iran, meskipun terdapat dakwaan daripada Presiden Amerika, Encik Donald Trump dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Pete Hegseth bahawa pasukan mereka mempunyai kawalan penuh ke atas ruang udara rantau tersebut.

Prospek seorang anggota tentera Amerika yang masih hidup dan melarikan diri di Iran itu, meningkatkan risiko bagi Washington dalam konflik, dengan sokongan awam yang rendah dalam kalangan rakyat Amerika dan tiada tanda-tanda perang akan berakhir.

Helikopter Black Hawk Amerika terkena tembakan Iran ketika mereka menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Semua anggota tentera dari helikopter selamat, kata dua pegawai Amerika.

Pesawat pertama, jet F-15E Amerika yang mempunyai dua tempat duduk, ditembak jatuh oleh pertahanan udara Iran, kata pegawai di kedua-dua negara.

Pesawat kedua, sebuah pesawat serangan A-10, telah diserang oleh pertahanan udara Iran di perairan selatan berhampiran Selat Hormuz, sebelum terhempas di Kuwait, menurut media pemerintah Iran, memetik kenyataan tentera.

Pegawai Amerika mengesahkan bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh dan berkata juruterbangnya telah diselamatkan.

Status dan keberadaan juruterbang F-15E yang hilang tidak diketahui umum.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata ia sedang meninjau kawasan pesawat juruterbang itu terhempas, selepas ditembak jatuh di barat daya Iran, dan gabenor wilayah itu menjanjikan ganjaran bagi sesiapa yang menangkap atau membunuhnya.

Rakyat Iran yang diserang tentera udara Amerika sejak Amerika dan Israel memulakan serangan pada 28 Februari, meraikan penembakan pesawat Amerika itu.

Speaker Parlimen, Encik Mohammad Bagher Ghalibaf berkata di X bahawa status perang itu telah “diturunkan daripada perubahan rejim” kepada pemburuan juruterbang.

Encik Trump berada di Rumah Putih bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat, kata seorang pegawai kanan pentadbiran.

Pentagon dan Pusat Pemerintah Amerika tidak memberi sebarang komen.

Encik William Goodhind, penganalisis imej forensik dengan Contested Ground, berkata imej sirip ekor pesawat yang dilihat dalam foto yang disiarkan di media sosial adalah konsisten dengan F-15E Strike Eagle, yang membawa dua anak kapal.

Iran secara rasmi telah memberitahu pihak pengantara bahawa mereka tidak bersedia untuk bertemu dengan pegawai Amerika di Islamabad dalam beberapa hari akan datang dan sekali gus membuat usaha untuk mencapai gencatan senjata, yang diketuai oleh Pakistan, telah menemui jalan buntu. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg