Premium
Konflik di Myanmar damba Pasukan Pengaman Asean
Sebagai badan memayungi kemakmuran Asia Tenggara dan keselamatan 655.5 juta rakyat di 10 negara, Asean di era baru perlu huraian strategik ampuh
Mar 9, 2021 | 5:30 AM
PERGOLAKAN berdarah dan konflik politik yang terus membara di Myanmar akibat kudeta pada 1 Februari lalu menuntut tindakan segera Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) dalam pembentukan pasukan pengaman serantau.
Usulan bagi mengadakan kerjasama ini adalah demi menjamin keamanan. Ia bukan suatu yang baru, bahkan pertama kali ditimbulkan pada 1994 tetapi sayangnya ia gagal menarik perhatian negara-negara anggota sehinggalah 2015 bila idea pembentukannya ditimbulkan sekali lagi dan buat seketika menarik perhatian sesetengah negara anggota.

