Myanmar
264 Artikel
pilihan raya, Myanmar, tentera
DuniaDec 29, 2025 | 1:44 PM
Than Naing Soe (kiri), calon Parti Demokratik Kebangsaan Shan (SNDP) yang juga dikenali sebagai Parti Harimau Putih, mengedarkan risalah kempen pada hari terakhir tempoh berkempen di Yangon, Myanmar, pada 26 Disember 2025. Pemerintah tentera Myanmar melalui Majlis Pentadbiran Negara (SAC) merancang mengadakan pilihan raya nasional pertama sejak rampasan kuasa Februari 2021 menerusi pilihan raya umum berperingkat, dengan fasa pertama dijadualkan pada 28 Disember 2025 dan fasa kedua pada 11 Januari 2026. Lebih 50 parti politik telah mendaftar untuk menyertai pilihan raya itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC), manakala parti pembangkang pro-demokrasi utama, Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD), telah dibubarkan sejak Mac 2023.
DuniaDec 26, 2025 | 2:26 PM
Orang ramai dari pelbagai negara yang bekerja di kompleks KK Park di Myanmar menaiki kenderaan selepas menyeberangi Sungai Moei ke Thailand, sementara askar Thai mengawal kawasan di Daerah Mae Sot, Wilayah Tak pada 24 Oktober 2025. Lebih daripada 1,000 orang dilaporkan melarikan diri dari Myanmar ke Thailand minggu ini selepas tentera Myanmar menyerbu salah satu pusat penipuan terbesar di negara itu.
DuniaNov 4, 2025 | 4:17 PM
Ahli-ahli Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) menghadiri majlis pelancaran poster slogan parti di pejabat USDP bahagian Yangon di Yangon, Myanmar, pada 28 Oktober 2025. Parti yang disokong tentera itu memulakan kempen menjelang pilihan raya umum yang dianjurkan oleh junta tentera Myanmar pada 28 Disember 2025.
DuniaOct 29, 2025 | 1:46 PM
Foto edaran ini diambil pada 20 Oktober 2025 dan dikeluarkan pada 22 Oktober 2025 oleh Pasukan Maklumat Tentera Myanmar, menunjukkan anggota tentera Myanmar berdiri bersebelahan dengan peranti Starlink yang dirampas semasa serbuan ke atas pusat penipuan dalam talian KK Park di Myawaddy, negeri Kayin, Myanmar.
Syarikat SpaceX dilaporkan telah memutuskan perkhidmatan kepada lebih 2,500 peranti Starlink yang digunakan di pusat-pusat penipuan di Myanmar, kata seorang eksekutif syarikat itu pada 22 Oktober, selepas pendedahan AFP menunjukkan penggunaan peranti tersebut meningkat mendadak dalam industri haram itu.
Tentera Myanmar sebelum ini mengumumkan bahawa mereka telah menyerbu pusat penipuan KK Park pada 20 Oktober dan merampas 30 terminal internet satelit Starlink.
DuniaOct 23, 2025 | 4:31 PM
Foto UGC ini, ihsan pengguna Facebook Yebaw Hlyat Cee, diambil pada 7 Oktober 2025 dan diterima pada 8 Oktober, menunjukkan kerosakan pada beberapa kenderaan di lokasi serangan tentera ke atas satu tunjuk perasaan di bandar Chaung U, tengah Myanmar. Serangan tentera Myanmar ke atas acara perayaan dan protes itu mengorbankan puluhan  orang, termasuk kanak-kanak, menurut seorang peserta dan ahli jawatankuasa penganjur kepada AFP pada 7 Oktober. Ratusan orang berhimpun di Chaung U pada 6 Oktober bagi menyambut perayaan bulan penuh Thadingyut apabila tentera menjatuhkan bom ke atas orang ramai, menurut seorang anggota jawatankuasa penganjur.
DuniaOct 9, 2025 | 4:00 PM
pusat penipuan, kemboja, kandal
DuniaSep 9, 2025 | 11:03 AM
Pemimpin junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, turut mengumumkan pembentukan sebuah Pemerintah Kesatuan yang terdiri daripada 30 anggota.
DuniaJul 31, 2025 | 3:37 PM
Min Aung Hlaing
DuniaJul 25, 2025 | 12:48 PM
Gambar ini diambil pada 12 April 2025 menunjukkan orang ramai berjalan melepasi runtuhan di sebuah masjid yang rosak di Mandalay, susulan gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu. Ketika gempa bumi besar itu melanda negara tersebut, berabad-abad sejarah suci turut ranap — patung-patung Buddha yang menjulang tinggi, stupa yang mencakar langit, serta pagoda putih bersih tempat Khin Sein, 83 tahun, berdoa sepanjang hidupnya turut musnah. 
Timur TengahMay 1, 2025 | 1:27 PM
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg