Majlis Ta’rif Hari Arafah dan Zulhijah 1447H mengajak anda mengisi hari-hari istimewa dalam Zulhijah, khususnya Hari Arafah, dengan pelbagai pengisian ilmu, zikir dan amal ibadah anjuran Masjid Al-Khair, pada 26 Mei.

Antara program yang dianjurkan termasuk tazkirah khas Zulhijah bertajuk Sunah Aidiladha bersama Ustaz Khairul Zaman selepas solat asar, diikuti majlis khatam Al-Quran Juz 30 bersama Ustaz Syafi Abdul Latif, dari 5.15 petang hingga 6.30 petang.

Majlis diteruskan dengan bacaan zikir dan pelbagai doa Nabi bersama Ustaz Hakiim Yasin, dari 6.30 petang hingga 7 malam, sebelum diakhiri dengan takbir Raya bersama asatizah Masjid Al-Khair selepas solat maghrib dan isyak.

Majlis akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Khair.

Ayuh bersama menghidupkan keberkatan Hari Arafah dan Zulhijah dengan amal soleh dan pengisian ilmu.