Pandang belakang
bukan untuk undur
langkah maju jangan mundur
bukan untuk membangkit
buruk dahulu mahu diungkit
bukan kerana takut
kecuali engkau bangsa pengecut.
Jangan biarkan dirimu keliru
berhias label-label itu
engkau sendiri nanti begitu
rupamu
pakaimu
cakapmu
segala tindak-tandukmu
sedang nawaitumu
bukan itu
ilmumu tak menjangkau ke situ
misimu
Untuk apa berhujah
kalau cuma memuntah kata
menyanggah apa jua
mengisytihar dirimu cendekia
untuk apa mengungkit cela
melontar seribu fitnah
sekadar melemah lawanmu
konon otakmu harus jitu.