Memelihara keaslian seni hadrah dan kompang agar tidak pupus ditelan arus komersialisme merupakan visi utama Presiden Persatuan Hadrah dan Kompang Singapura (Pehaks), Encik Jamaluddin Idris.
KAWASAN di Geylang Serai pada petang Ahad telah bergema hebat dengan paluan kompang oleh ratusan pemain daripada pelbagai peringkat usia dalam acara Pelestarian Seni Kompang – acara yang dianjurkan