Topic followed successfully
Go to BHkuNike siasat isu jersi jelang Piala Dunia
Nike siasat isu jersi jelang Piala Dunia
Nike siasat isu jersi jelang Piala Dunia
LONDON: Nike sedang menyiasat isu reka bentuk yang menjejas jersi beberapa pasukan bola sepak nasional menjelang Piala Dunia 2026.
Ini menyusuli masalah pada jersi tersebut mula kelihatan semasa perlawanan antarabangsa pada Mac 2026.
Kesan menggelembung pada bahagian jahitan bahu jelas kelihatan pada jersi yang dipakai oleh pemain pasukan England, Perancis dan Uruguay semasa tempoh perlawanan antarabangsa, lapor media Britain pada 10 April.
Jurucakap Nike berkata syarikat itu telah mengenal pasti satu isu kecil pada jersi tersebut, sambil menambah bahawa prestasi pemain tidak terjejas.
Namun, estetik keseluruhan tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Menurut BBC, isu tersebut dikesan pada kededua jersi perlawanan yang dipakai pemain dan versi replika yang dijual kepada orang ramai, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sesetengah peminat bola sepak.
Syarikat gergasi pakaian sukan Amerika Syarikat itu menghasilkan kelengkapan bagi sebilangan pasukan yang menyertai Piala Dunia, termasuk negara tuan rumah – Amerika dan Canada – serta Brazil, Belanda dan Croatia.
Jersi tersebut telah direka dengan teknologi penyejukan untuk membantu pemain berdepan suhu tinggi yang dijangkakan semasa Piala Dunia 2026 yang bakal bermula pada 11 Jun.
Isu ini timbul ketika syarikat itu sedang bergelut dengan persoalan mengenai inovasi produknya dan sedang berusaha menguruskan lebihan inventori selepas mencatatkan siri pendapatan yang lemah.
Ketua Eksekutif Nike, Encik Elliott Hill, telah memberi komitmen untuk menumpukan semula jenama Nike pada sukan teras, dan syarikat itu pada 10 April mengumumkan pelantikan Encik Andy Caine sebagai Ketua Pegawai Inovasi. – Reuters.

