Topik diikuti
Pergi ke BHkuZaky Alwie Travel utamakan ibadah korban bagi golongan memerlukan
Zaky Alwie Travel utamakan ibadah korban bagi golongan memerlukan
Zaky Alwie Travel utamakan ibadah korban bagi golongan memerlukan
Syarikat Zaky Alwie Travel & Services Pte Ltd komited memastikan ibadah korban yang diuruskan bukan sahaja dilaksanakan dengan sempurna, malah turut memberi kesan yang nyata kepada kehidupan penerima manfaat.
“Menjelang penghujung tempoh pendaftaran korban ini, perhatian kami bukan hanya tertumpu kepada proses pelaksanaan,malah kepada siapa yang bakal menerima manfaat daripada ibadah ini,” jelas Pengasas dan Pengarah Urusan, Encik Zaky Shaik Alwie.
Beliau menegaskan bahawa korban bukan sekadar penyembelihan semata-mata, sebaliknya satu amanah dan usaha berterusan demi memastikan agihan daging sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan di pelbagai pelosok dunia. Setiap pelaksanaan juga diurus dengan teliti agar ia menepati syariat serta memberi nilai kemanusiaan yang lebih luas kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
Encik Zaky yang mempunyai kandang haiwan sendiri di Banyuwangi, Indonesia, menambah:
“Di Indonesia, antara fokus utama kami ialah rumah anak yatim atau panti asuhan. Di sinilah daging korban diagihkan kepada anak-anak yang jarang menikmati hidangan daging, menjadikan ia satu nikmat yang amat dihargai.”
Di Uganda pula, pengagihan dilakukan di kampung miskin yang jauh daripada keperluan asas.
Beliau turut menambah: “Ada kawasan di mana dakwah dan sokongan belum meluas. Melalui korban, bantuan bukan sahaja sampai dalam bentuk makanan, bahkan sebagai satu sentuhan ihsan yang membuka ruang kepada kefahaman dan penghayatan Islam dalam kehidupan mereka.”
Di Makkah, tumpuannya ialah kepada pekerja asing.
Encik Zaky berkata: “Walaupun negara tersebut dikenali dengan kelimpahan sumber, hakikatnya ramai pekerja luar jarang menikmati daging segar. Korban menjadi satu peluang untuk mereka merasai nikmat tersebut, walaupun hanya sekali setahun.”
Di Pattani, Thailand, dan India pula, pelaksanaan korban dilakukan dengan penuh sensitiviti.
“Di kawasan-kawasan ini, masyarakat Islam hidup sebagai minoriti dalam persekitaran berbeza agama. Oleh itu, kami memastikan setiap operasi dijalankan dengan penuh hormat, tanpa menimbulkan sebarang ketegangan atau menyentuh sensitiviti masyarakat setempat,” ujarnya.
Bagi korban yang disalurkan ke Palestin pula, prosesnya lebih mencabar dan memerlukan perancangan yang lebih teliti.
Daging korban diproses di luar kawasan sengketa sebelum disalurkan melalui saluran kemanusiaan yang diiktiraf, bagi memastikan ia benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Proses ini memerlukan kesabaran, ketelitian, dan kerjasama pelbagai pihak.
Menjelang Hari Raya Haji ini, Encik Zaky menggalakkan orang ramai supaya membuat tempahan awal bagi ibadah korban agar penyertaan dapat disusun dengan lebih teratur dan peluang menunaikan ibadah ini tidak terlepas.
Harga korban kambing ditawarkan bermula $99, manakala bahagian lembu bermula $80, sekali gus memberi pilihan yang lebih mudah dan mampu diakses mengikut kemampuan masing-masing.
SEKILAS:
Untuk keterangan lanjut sila lungsuri, https://zakyalwie.sg/services/qurban-2026.
