SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Firma tempatan sasar bantu 1j penerima miskin, tawar khidmat korban dimampui

Firma tempatan sasar bantu 1j penerima miskin, tawar khidmat korban dimampui

Zaky Alwie Travel & Services tawar harga serendah $99, tekad perluas bantuan ke peringkat sejagat
Apr 10, 2026 | 5:30 AM

Firma tempatan sasar bantu 1j penerima miskin, tawar khidmat korban dimampui

Syarikat Zaky Alwie Travel & Services Pte Ltd, menawarkan khidmat korban serendah $99 agar lebih ramai orang yang berniat dapat menunaikan ibadah korban.

Menurut pengasas yang juga pengarah firma itu, Encik Zaky Shaik Alwie, walaupun terdapat pandangan bahawa korban yang dimampui boleh menjejas pasaran, beliau tetap melihatnya dari sudut berbeza.

Apabila lebih ramai mampu melaksanakan ibadah korban, lebih banyak manfaat dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Pada 2026, beliau meletakkan sasaran untuk membantu sehingga sejuta penerima bantuan.

“Saya yakin, kita semua hanyalah perantara.

“Jika Allah memilih kita untuk membantu orang lain melalui ibadah ini, maka itulah amanah yang perlu kita laksanakan dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.

Encik Zaky menceritakan perjalanannya dalam ibadah korban yang bermula secara sederhana pada 2015, dengan hanya 10 ekor kambing di Semarang, Indonesia.

“Saya menyaksikan sendiri bagaimana masyarakat di sana menghargai setiap bahagian daging korban, tiada pembaziran dengan semuanya dimanfaatkan.

“Dari situ, saya memahami korban bukan sekadar ibadah individu, bahkan satu bentuk bantuan yang memberi kesan besar kepada kehidupan orang lain,” jelas Encik Zaky.

Keluarganya memberi sokongan tanpa ragu, dan dari situlah, kepercayaan itu berkembang dengan kenalan dan seterusnya masyarakat umum mula mendapatkan khidmat daripada syarikat Encik Zaky.

“Alhamdulillah, daripada usaha kecil ini, lahirlah hubungan yang lebih besar dengan ramai orang yang bermula dengan korban bersama kami, kemudian menjadi jemaah umrah,” ujarnya.

Encik Zaky turut terkesan dengan nasihat Allahyarham Mamu Hamza Kochen, seorang mentor yang dianggapnya seperti ayah.

“Allahyarham sering mengingatkan, kita selalu makan daging, tetapi bila kita benar-benar merasainya?

“Pada Hari Raya Korban sahaja. Jadi lakukan ibadah ini dengan sebaiknya,” kata beliau.

Pegangan Encik Zaky bahawa setiap korban adalah amanah yang mesti dijaga, terus diamalkan hingga kini.

Pada 2025, lebih 7,000 kambing dan 280 lembu dikorbankan, dan manfaatnya dirasai dan dinikmati oleh lebih 100,000 penerima bantuan.

Melalui Qurban Nusantara Global 2026 oleh Zaky Alwie Travel, anda boleh menunaikan korban di Indonesia, Uganda, Makkah, Thailand, India, Palestin, Kemboja, Rohingya, dan juga Yaman.

Harga bermula daripada $99 untuk kambing dan $80 bagi setiap bahagian lembu.

Untuk keterangan lanjut, sila lungsuri pautan, https://bh.sg/zaqyalwie-korban 

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg