Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsaha sokong orang kurang upaya di Jurong dapat pekerjaan dipergiat
Usaha sokong orang kurang upaya di Jurong dapat pekerjaan dipergiat
Shawn Huang: Lebih banyak tempat kerja permudah orang kurang upaya raih pengalaman, kemahiran bekerja bakal diadakan
Usaha sokong orang kurang upaya di Jurong dapat pekerjaan dipergiat
Usaha akan dipergiat untuk membantu golongan kurang upaya mendapat pekerjaan di syarikat perindustrian di Taman Jurong, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kewangan) Encik Shawn Huang.
Encik Huang, yang juga Anggota Parlimen (GRC West Coast-Jurong West) berkata usaha telah dijalankan untuk mendekati gerai-gerai di kawasan itu untuk melihat sama ada mereka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada individu kurang upaya.
Ini termasuk mengadakan lebih banyak bengkel terkawal dalam beberapa tahun akan datang.
Bengkel terlindung adalah tempat kerja yang menawarkan latihan vokasional atau pekerjaan kepada orang dewasa kurang upaya yang tidak memiliki kecekapan untuk pekerjaan biasa.
Bengkel terlindung biasanya membolehkan peserta menjalani latihan dalam tugasan yang telah dipermudahkan atau dibahagi-bahagikan kepada bahagian lebih yang lebih mudah dikerjakan.
Peserta menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja yang boleh menambah peluang mereka mendapat kerja di pasaran terbuka.
“Seperti yang anda tahu, Taman Jurong tempat yang unik di mana ia dekat dengan kawasan perindustrian,” kata Encik Huang yang juga penasihat pertubuhan akar umbi di Taman Jurong.
“Saya berharap dapat bekerjasama dengan Enabling Services Hub (ESH) untuk mendekati syarikat-syarikat perindustrian itu untuk melihat bagaimana kami dapat menyokong individu kurang upaya dengan lebih baik... menerusi peluang pekerjaan atau pekerjaan fleksibel,” kata beliau.
Encik Huang berkata demikian semasa bercakap dengan media di pelancaran ESH@Jurong di Kelab Masyarakat Taman Jurong pada 16 Mei.
“Kami pasti akan menggandakan bilangan bengkel terlindung. Terdapat keperluan di daerah barat. Malah, di Taman Jurong kami sedang mempertimbangkan rancangan untuk meningkatkan bilangan bengkel terlindung di sini...di mana kami boleh memberi (individu kurang upaya) lebih banyak aktiviti rekreasi dan sesuatu yang boleh mereka usahakan juga,” ujar Encik Huang yang berkata sebahagian rancangan itu akan dilancar dalam tempoh satu dua tahun akan datang.
Ini demi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di kawasan barat Singapura yang memerlukan perkhidmatan sedemikian, ujarnya lagi.
Awal sebelum itu, dalam ucapannya di majlis pelancaran, Encik Huang telah memetik sebuah kajiaan 2023 untuk menekankan manfaat bagi majikan apabila menyokong orang kurang upaya di tempat kerja, termasuk pendapatan dan keuntungan ekonomi yang bertambah.
“Ia masuk akal dari segi ekonomi dan sosial. Syarikat yang memperjuangkan inklusiviti orang kurang upaya mengatasi syarikat lain...” katanya lagi.
