SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

URA undang saranan tingkat kemudahan riadah

URA undang saranan tingkat kemudahan riadah

May 20, 2024 | 5:30 AM

URA undang saranan tingkat kemudahan riadah

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengalu-alukan maklum balas dan cadangan orang ramai bagi mempertingkatkan lagi ruang riadah di kawasan kejiranan Singapura.

Tumpuan diberikan kepada peningkatan kreatif bagi ruang hijau, laut dan ruang yang kurang digunakan untuk menawarkan lebih banyak tempat riadah.

Ia khusus untuk menyokong gaya hidup aktif, kesejahteraan dan ikatan kemasyarakatan, bagi meningkatkan mutu hidup warga Singapura.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, melancarkan siri pameran bergerak Pelan Induk Riadah, yang pertama pada 14 April di Westgate.

Pameran itu akan bergerak ke Kelab Masyarakat Senja-Cashew, Bedok Town Square, VivoCity pusat beli-belah Kallang Wave, One Punggol, Plaza Canberra dan akhirnya ke Pusat URA hingga 27 Julai.

Melalui pameran bergerak ini, orang ramai boleh mengemukakan idea dan memberi maklum balas mengenai cadangan Pelan Induk Riadah, yang merupakan sebahagian daripada Draf Pelan Induk 2025 bertema ‘Membentuk Bandar yang Bahagia dan Sihat’.

Laporan berkaitan
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg