SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis singkap cabaran tangani operasi kilat sindiket pecah masuk

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis singkap cabaran tangani operasi kilat sindiket pecah masuk

Antara 289 pegawai Home Team terima kenaikan pangkat dalam majlis pada 13 April
Apr 13, 2026 | 10:43 PM

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis singkap cabaran tangani operasi kilat sindiket pecah masuk

spf, naik pangkat, Home Team, DAC Rimyzad Abdul Hamid, Pasukan Polis Singapura, SPF, K. Shanmugam, Keselamatan Singapura, Koridor Rel Bukit Timah, Unit Rundingan Krisis, Timbalan Penolong Pesuruhjaya, operasi kilat
Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Rimyzad Abdul Hamid, mengimbau tekanan yang dihadapi ketika dikerah bagi satu operasi di Koridor Rel berhampiran Bukit Timah Road pada 2025. Walaupun bekerja dalam keadaan tergesa-gesa, kerjasama beliau dengan unit penyiasatan dan risikan Pasukan Polis Singapura (SPF) telah dapat melakarkan perancangan bagi menjayakan penangkapan kesemua pesalah yang terlibat dalam sindiket pecah masuk rumah. - Foto SPF

Tatkala menyingkap satu operasi yang dijalankan pada 2025, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Rimyzad Abdul Hamid terkenang betapa tertekannya beliau ketika dikerah untuk satu operasi di Koridor Rel berhampiran Bukit Timah Road.

Operasi yang dilaksanakan dalam sehari itu berakhir dengan penangkapan empat warga asing yang terlibat dalam sindiket pecah masuk rumah.

Walaupun bekerja dalam keadaan tergesa-gesa, kerjasama DAC Rimyzad, 51 tahun, dengan unit penyiasatan dan risikan Pasukan Polis Singapura (SPF) telah dapat melakarkan perancangan bagi menjayakan penangkapan kesemua pesalah yang terlibat.

“Operasi itu dijalankan secara tergesa-gesa apabila saya dan pasukan dikerah secara serta-merta.

“Jadi, apabila kami berjaya menjalankan operasi ini dengan lancar dengan memberkas kesemua pesalah, ia merupakan satu operasi yang saya anggap berjaya dan agak bermakna,” tambah DAC Rimyzad, yang juga Ketua Operasi bagi Divisyen Clementi.

Operasi yang berhasil tut dianggap sebagai salah satu titik pencapaian dalam kerjaya DAC Rimyzad, yang juga merupakan salah seorang daripada 289 pegawai pasukan Home Team yang menerima kenaikan pangkat – kepada jawatan Leftenan Kolonel serta Superintenden dan ke atas.

Satu majlis Kenaikan Pangkat Pasukan Home Team telah diadakan pada 13 April di Hotel Orchard.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Dalam ucapannya, beliau menyingkap kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Pasukan Home Team sepanjang setahun lepas.

Beliau berkata:

“Kami di Home Team telah terus menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun lalu.

“Dari masa ke masa, kami telah membuktikan keupayaan untuk bertindak pantas, tegas dan boleh dipercayai.

“Kerja baik Home Team telah mendapat pengiktirafan daripada rakyat Singapura.

“Dalam satu tinjauan yang dijalankan tahun lalu oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), hampir 95 peratus penduduk Singapura memberi penilaian positif terhadap prestasi Home Team dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara.

“Ini merupakan peratusan tertinggi dalam tempoh sedekad.”

Semasa mengulas tentang isu konflik di Timur Tengah kepada para anggota yang hadir, beliau turut menegaskan:

“Salah satu faktor utama kejayaan sebagai pemimpin Home Team adalah keupayaan untuk memahami perkembangan dalam dan luar negara, menganalisis kesannya terhadap keselamatan kita, dan seterusnya menjangka tindakan yang perlu diambil.”

Dalam merenung kenaikan pangkat yang diterimanya, DAC Rimyzad menjelaskan bahawa ia bukan sekadar perubahan gelaran, malah membawa tanggungjawab lebih besar.

Setelah berkhidmat di SPF selama 32 tahun, bapa tiga orang anak yang turut menerajui Unit Rundingan Krisis (CNU) itu berkata:

“Cabaran serta spektrum operasi polis semakin luas dan berubah-ubah.

“Tempoh 32 tahun perkhidmatan ini mengajar saya bahawa kita tidak boleh memimpin dengan berkesan jika kita tidak memahami realiti sebenar yang dihadapi anggota dan masyarakat.”

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg