SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura, China tubuh talian pertahanan khusus, kukuhkan komunikasi

S’pura, China tubuh talian pertahanan khusus, kukuhkan komunikasi

Jun 1, 2023 | 3:18 PM

S’pura, China tubuh talian pertahanan khusus, kukuhkan komunikasi

ERAT KERJASAMA: Menteri Pertahanan China, Encik Li Shangfu (kiri) dan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, bertemu secara rasmi buat kali pertama di ibu pejabat Mindef di Bukit Gombak pada Khamis. 
ERAT KERJASAMA: Menteri Pertahanan China, Encik Li Shangfu (kiri) dan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, bertemu secara rasmi buat kali pertama di ibu pejabat Mindef di Bukit Gombak pada Khamis.  - Foto ST

PERTUBUHAN pertahanan Singapura dan China menandatangani satu perjanjian pada Khamis untuk mengadakan talian khusus bertujuan mengukuhkan komunikasi peringkat tinggi antara pemimpin pertahanan antara kedua-dua pihak.

Penandatanganan itu berlaku selepas pertemuan antara Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan rakan sejawatannya, Encik Li Shangfu, yang berada di Singapura untuk menghadiri forum keselamatan Dialog Shangri-La yang pertamanya pada hujung minggu ini selepas dilantik pada Mac.

Dikenali sebagai “talian telefon pertahanan selamat” dalam dokumen rasmi, pemeteraian perjanjian untuk melaksanakannya telah disaksikan kedua-dua pemimpin selepas mereka mempengerusikan bersama Dialog Menteri Pertahanan Singapura-China kedua di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Pertemuan itu adalah pertemuan rasmi pertama antara kedua-dua menteri tersebut.

Encik Li dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Mac berikutan rombakan Kabinet. Beliau juga merupakan bekas ketua Jabatan Pembangunan Peralatan yang menyelia teknologi ketenteraan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg