Topik diikuti
Pergi ke BHkuSM Lee lawat Pahang, Terengganu, kukuhkan hubungan dua hala
SM Lee lawat Pahang, Terengganu, kukuhkan hubungan dua hala
SM Lee lawat Pahang, Terengganu, kukuhkan hubungan dua hala
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan ke Pahang dan Terengganu, Malaysia, dari 4 hingga 8 Mei.
Encik Lee akan melawat Pahang atas undangan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), lawatan tersebut bertujuan memperkukuh momentum pertukaran dua hala sedia, sekali gus memperdalam hubungan akrab dan pelbagai aspek antara Singapura dengan negeri di Malaysia serta barisan pemimpinnya.
Semasa lawatannya ke Pahang itu, Encik Lee akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah.
Encik Lee juga akan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari yang dihos oleh Sultan Abdullah.
Sementara itu, Encik Lee akan bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan pemimpin negeri yang lain.
Di Terengganu pula, Encik Lee akan bertemu dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan pemimpin negeri yang lain.
Semasa lawatannya itu Encik Lee akan diiringi isterinya, Cik Ho Ching; Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong; Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Anggota Parlimen Cik Joan Pereira; dan pegawai dari Kementerian Luar Negeri.
